Penampilan memang dapat menipu. Pepatah ini mungkin berlaku bagi seorang pengemis di Ibu Kota London, bernama Simon Wright berusia 37 tahun.
Web asiaone.com melaporkan, Ahad (9/6), orang-orang yang memberinya wang tidak menyedari bahawa Simon boleh meraup wang sekitar £50,000
saban tahunnya dari mengemis. Selain itu, dia juga memiliki tempat tinggal yakni sebuah flat berharga £300,000 di Fulham di sebelah barat London.
Simon kerap terlihat secara teratur mendatangi tempat perjudian dan hiburan untuk menukarkan qang koin yang dia dapat. Terkadang, di banyak kesempatan, tempat-tempat ini menambahkan wang pendapatan harian
Namun, aksi Simon akhirnya ketahuan. Dia mendapat dua tahun tuntutan awam, yang melarang dia mengemis di seluruh London.
Oliver Strebel, polis yang membawa kes ini ke mahkamah, mengatakan bahawa Simon memiliki satu cara untuk mendapatkan banyak wang semasa mengemis.
"Dia menggunakan sebuah tanda yang mengatakan dia tidak mempunyai tempat tinggal dan orang-orang kemudian memberikan wang mereka atas dasar itu, dan ini jelas-jelas satu penipuan," kata Strebel.
Dia menambahkan bahawa Simon akan mengambil wang dari mangkoknya dan menukarkan wang-wang itu di sebuah tempat perjudian atau tempat hiburan.
"Dia beroperasi hampir setiap hari dan sudah melakukan hal ini sekitar tiga tahun. Dia boleh mengemis selama berjam-jam," ujar Strebel.
Dia menjelaskan Simon biasanya akan duduk dengan pakaian compang-camping di luar Bank National Westminster di Jalan Putney High Street bersama anjingnya. Dia akan meminta kepada orang-orang di sana agar membuat penarikan tunai supaya boleh memberikannya wang.
Setelah seharian mengemis, Simon biasanya langsung membereskan kantong tidurnya dan kembali ke apartemen kelas atas milik dia di Wilayah Fulham, London.
Tuntutan sipil terhadap dirinya berlaku sampai Mei 2015. Namun, jika Simon melanggar syaratnya itu, maka dia boleh dipenjara selama lima tahun serta denda.
Posting Komentar