KAPTEN pasukan bola sepak England, Steven Gerrard mengakui dia berasa lega dan gembira apabila dapat menyumbangkan gol kedua semasa mereka bertemu Poland, semalam.
Kemenangan 2-1 itu telah melayakkan England ke pusingan akhir kejohanan Piala Dunia 2014 yang akan diadakan di Brazil.
Wayne Rooney terlebih dahulu menjaringkan gol pada separuh masa pertama dan disusuli gol Gerrard pada minit-minit terakhir perlawanan.
“Itu merupakan satu kelegaan bagi semua (pemain dan peminat England). Semasa keputusan 1-0, keadaan menjadi sangat tertekan, dan jika Ente asyik melakukan kesalahan, ianya akan menjadi beban kepada Ente,” katanya.
Pemain kelab Liverpool itu juga mengatakan pemain The Three Lions perlu ‘berkurung’ dalam tempoh persediaan mereka menghadapi saingan Piala Dunia dan dia juga mengharapkan peminat supaya bersikap realistik dan tidak terlalu memberi tekanan kepada skuad kendalian Roy Hodgson itu.
Oleh: AUDREY LEE
Posting Komentar