
KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri yang bertugas sebagai anggota tentera dan anak perempuan mereka terbunuh selepas kereta Perodua Alza yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tangki di Kilometer 49 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat Bukit Tinggi, hari ini.
Ketua Polis Bentong, Superitendan Mohamad Mansor Mohd Nor, berkata ketika-tiga mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian ialah pemandu Perodua Alza, Jiman Raup, isterinya Nik Zaieyahaliza Ya, dan anak perempuan mereka berusia dua tahun, Nurul Damia.
Kemalangan berlaku kira-kira jam 7 pagi apabila kenderaan yang dipandu Jiman dari Terengganu ke Kuala Lumpur bertembung sebuah lori tangki tanpa muatan yang menghala ke Pantai Timur. – BERNAMA
Posting Komentar