Dua Rakyat Malaysia Jadi Tebusan


Dua Rakyat Malaysia Jadi Tebusan
Dua Rakyat Malaysia Jadi Tebusan - ALGIERS, Algeria : Dua rakyat Malaysia merupakan antara 41 pekerja asing yang dijadikan tebusan oleh kumpulan militan Islam di sebuah kompleks kemudahan gas di In Amenas di gurun Sahara, selatan Algeria.
Dalam perkembangan terbaharu insiden tersebut semalam, seorang pegawai keselamatan Algeria berkata, sekurang-kurangnya 20 warga asing telah melarikan diri dari loji gas asli berkenaan yang terletak di gurun Sahara.
Media tempatan sebelum ini melaporkan sekumpulan militan Islam menjadikan puluhan pekerja loji gas tersebut sebagai tebusan.
Pegawai tersebut memberitahu, mereka yang berjaya melarikan diri termasuk rakyat Amerika Syarikat dan warga Eropah. Namun, beliau enggan mengulas lanjut.
Dalam kejadian kelmarin, sekumpulan militan menyerang kompleks gas itu yang terletak 1,300 kilometer dari sini dan menjadikan berpuluh-puluh pekerja asing sebagai tebusan.
Loji gas tersebut dikepung oleh tentera Algeria dengan situasi kini dalam keadaan tegang.
Menurut beberapa laporan, insiden tebusan itu adalah sebagai tindakan balas kerjasama Algeria dengan tentera Perancis yang campur tangan dalam konflik di Mali.
Dalam perkembangan terbaharu, beberapa militan Islam memberitahu, helikopter-helikopter tentera Algeria menyerang kompleks gas berkenaan dengan menyebabkan 35 tebusan warga asing dan 15 militan terbunuh.
Setakat ini, pemerintah Algeria enggan mengesahkan laporan tersebut.
Nasib rakyat Malaysia itu masih belum diketahui.
Kompleks gas tersebut dikendalikan oleh syarikat minyak BP dari Britain, Statoil milik Norway dan firma Algeria, Sonatrach. – Agensi

FB Para Setan








Sumber : KASKUS.Us

Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Berjaya Di Kesan Polis

Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Berjaya Di Kesan Polis | Pihak polis dilaporkan telah berjaya mengesan penjenayah yang menembak mati pengasas Ambank, Arab Malaysian Bank, Allahyarham Hussain Ahmad Najadi, 75, menerusi rakaman litar tertutup (CCTV) dan percaya suspek adalah pembunuh upahan.
Suspek Pembunuh Pengasas Ambank Berjaya Di Kesan Polis
language="javascript" src="http://com/servlet/ajrotator/847945/0/vj?z=admaxasia2&dim=280733&pid=910f402a-9ffb-4ed1-8a31-80a1a50c9df3&asid=729fee93-bc62-4ef0-aa34-e6a62a90d508">

Menurut kata Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh, tinjauan penelitian rakaman CCTV di kawasan tokong Cina di Lorong Ceylon, Bukit Bintang itu, polis berjaya merakam sepenuhnya pembunuhan itu dan wajah penjenayah tersebut.

“Siasatan ini menunjukkan perkembangan positif kerana (kita berjaya) merakam secara keseluruhan lokasi kejadian.

“Kita sedang merakam percakapan saksi,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, semalam.

Menurutnya, polis percaya pembunuhan itu dirancang dan motifnya ada kaitan dengan urusan jual beli hartanah.

“Ia dilakukan pembunuh upahan, tetapi siapa dalang di sebalik pembunuhan ini masih dalam siasatan,” katanya.

Beliau berkata, polis juga sedang mengesan teksi yang dinaiki tiga suspek pada masa kejadian itu. Polis, katanya, sudah mengambil keterangan tujuh orang saksi di tempat kejadian bagi membantu siasatan.

Katanya, polis akan mengambil keterangan daripada individu yang dijumpai mangsa sebelum beliau ditembak kira-kira jam 2 petang.

“Kita masih belum mengambil keterangan daripada isteri dan rakan niaga mangsa, dan (perkara ini) akan diselesaikan dalam masa terdekat,” katanya.

Isteri Allahyarham, Cheong Mei Kuen, 49, terkena tembakan di tangan dan paha. Beliau kini di rawat di Pusat Perubatan Prince Court. Keadaan beliau stabil. Dalam itu, jenazah Hussain dikebumikan di tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, di sini selepas solat Isyak semalam.

Wakil keluarga mangsa, Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah, yang juga sahabat baik kepada arwah berkata kepada pemberita di Bilik Mayat Hospital Kuala Lumpur, jenazah itu disembahyangkan di Masjid Wilayah Persekutuan selepas solat Isyak sebelum dikebumikan.

Jenazah itu dituntut ahli keluarga setelah proses bedah siasat selesai dilakukan pada 1 tengah hari.

Tinjauan mendapati suasana sedih menyelubungi bilik mayat hospital itu apabila Chong, yang menaiki kerusi roda dengan ditemani 10 anggota keluarga dan rakan, menangis hiba selepas melakukan pengecaman jenazah suaminya.

Chong turut dijaga empat anggota polis berpakaian seragam serta bersenjata M-16. Muhammad Shafee berkata, beliau mengenali Allahyarham selama 25 tahun dan menyifatkan arwah seorang yang peramah, bersopan-santun serta suka menolong orang lain.

“Dia merupakan orang pertama yang derma AS$4 juta kepada tabung pendidikan Universiti Islam Antarangbangsa (UIA) sejak kali pertama ditubuhkan. Kali terakhir saya jumpa arwah ialah pada tiga minggu lalu ketika berbuka puasa bersama,” katanya.

Menurutnya, Chong masih trauma dan lemah ekoran kejadian itu dan enggan ditemu ramah. sumber



Penyokong Mursi dihukum penjara

Mohamed Mursi

KAHERAH - MESIR. Mahkamah tentera di Mesir menjatuhkan hukuman penjara kepada penyokong Presidennya, Mohamed Mursi selepas mendapati mereka bersalah menyerang tentera.

Seorang dipenjara seumur hidup, tiga yang lain dipenjara 15 tahun dan 45 lagi lima tahun penjara, kata kenyataan yang dikeluarkan tentera.

Defendan dituduh memulakan tembakan kepada tentera ketika rusuhan yang berlaku di bandar pelabuhan Suez, bulan lalu.

Sebelum ini, Mursi dikatakan bakal dibicarakan sejak penahanannya, Julai lalu.

Sehingga kini, lokasi Mursi berada tidak diketahui.

Berpisah 20 Tahun Ternyata Derma Ginjal Pasangan Ini Berjodoh

  29 Julai 2013
 
 (c) dailymail.co.uk
Derma ginjal adalah salah satu prosedur medis untuk mengganti ginjal yang rosak dan tidak berfungsi. Mencari ginjal yang tepat bukan hal yang mudah, kerana jika tidak sesuai, tubuh akan menolak  ginjal tersebut bahkan menyebabkan kematian. Kisah nyata unik ini terjadi pada pasangan yang sudah berpisah 20 tahun, tetapi ginjal mereka ternyata berjodoh.

Gordon Henry (53 tahun) dan Jo Macfarlane (44 tahun) mengulang kembali memori indah ketika masih bersama. Mereka berdua sudah berpisah 20 tahun lalu, namun masih akrab kerana keduanya memiliki putera. Siapa sangka, perpisahan mereka tetap terhubung ketika Jo harus mengalami transplantasi ginjal. Dia memerlukan penderma  yang sesuai untuk menggantikan ginjalnya.

Walau sudah berpisah di tahun 1993 , Gordon bersedia mendermakan satu ginjalnya untuk Jo. Keputusan Gordon sangat tepat dan berhasil menyelamatkan nyawa wanita yang pernah dia cintai. Ketika tim doktor melakukan pemeriksaan, ternyata ginjal mereka sesuai satu sama lain, dilansir Dailymail.co.uk.

Kami Tidak Akan Kembali Seperti Dulu
Dengan kondisi pernah ini, para doktor dan jururawat di rumah sakit tempat Jo dirawat bertanya kenapa Jo tidak menerima Gordon kembali. "Semua orang mengatakan dia (Gordon) ingin kembali pada saya, bahkan jururawat di rumah sakit," ujar Jo. "Saya pernah mendengar pasangan yang kembali bersama setelah bertahun-tahun berpisah, tapi tidak seperti ini. Kami telah menempatkan segala sesuatu tentang masa lalu di belakang kami," lanjutnya.

Sementara itu Gordon mengatakan, "Memberikan ginjal untuk JO adalah kesempatan untuk membayar semua yang sudah dia lakukan untuk anak kami, yang telah dia rawat bertahun-tahun," ujarnya. "Salah satu hal aneh tentang hal ini adalah kami sudah berpisah sangat lama, tetapi saya merasa sudah melakukan hal yang benar."
"Saya tidak ada keinginan untuk kembali padanya, itu bukan alasan saya untuk mendermakan ginjal. Tetapi (bila sampai bersama lagi) itu boleh jadi akhir yang fantastik," ujar Gordon.

Putera mereka, Jodan (19 tahun) mengatakan bahawa hal ini adalah hal yang luar biasa. Dia mengatakan bahagia melihat ayah dan ibunya dapat kembali bersama, meskipun itu hanya sebentar. "Kami bercanda mengenai hal itu kerana seperti skenario yang aneh," ujar Jordan. Dia menambahkan semoga kisah derma ginjal ini dapat membuka kesedaran orang lain untuk tidak takut mendermakan ginjal bagi mereka yang sangat memerlukan.
 Sumber:Vemale.com

VIDEO Bila Peragut Kena Terajang Di Muka KOW KOW!



TANYALAH siapa pun di muka bumi ini, tiada yang akan bersimpati dengan siapa-siapa yang melakukan jenayah.

Namun realitinya, kita tidak mungkin dan tidak boleh mengambil undang-undang di tangan sendiri.

Video di bawah dikatakan berlaku di Stesen LRT Sri Petaling semalam.

Seorang peragut muda berjaya ditahan orang ramai setelah dikatakan meragut beg tangan seorang wanita Filipina.

Namun tindakan seorang lelaki yang nampaknya ‘bersungguh-sungguh’ menyepak muka suspek dengan kasut kulitnya telah menimbulkan persoalan yang lebih besar.

Sebagai orang awam, kita dibolehkan membuat tangkap sebelum menyerahkan suspek kepada polis, tetapi ini TIDAK TERMASUK memukulnya…lainlah kalau demi mempertahankan diri.

Memang kita marah, tetapi marah kita itu tidak akan membawa makna kalau kita pulak yang ke ‘dalam’ nanti.

Memang perkara ini ada pro dan kontranya yang tersendiri…terpulanglah bagaimana anda menafsirkannya.